Tuesday, July 23, 2013

Ujian Yang Datang Menjadikan Diri Lebih Dewasa (Part 1)



Selamat berpuasa kepada semua, salam Ramadhan Al-Mubarak. Di bulan yg mulia ini sama-samalah kita memperbanyakkan amalan2 kita kepada Rabbul Izzati, sama2 kita upgrade pahala dan kita format semua dosa2 kita yang ada. Diharapkan dengan kehadiran bulan yang penuh rahmat dan berkat ini kita dapat menjadi hambanya yang bersyukur dengan setiap kurniaan yang di beri olehNYA. Aminn =)

Berbalik kepada topik di atas,Ujian Yang Datang Menjadikan Diri Lebih Dewasa.Tidak dapat dinafikan menjadi seorang pelajar bukanlah satu perkara yang mudah. Untuk menjadi seorang pelajar yg cemerlang dunia dan akhirat perlulah mempunyai sahsiah diri yang elok, bak kata orang2 "luar dalam kena sama2 baik" kesihatan perlu dijaga utk memastikan kestabilan diri dan minda agar dapat menjalani proses pembelajaran dengan sempurna dan lancar. 

Namun,tidak bagi diriku, coretan ini bukanlah satu keluhan terhadap ujian yang diberi tapi aku menganggap diriku sebagai "special case" sebab sepanjang 4 sem aku di USIM aku di uji dengan pelbagai perkara yang berkait dengan kesihatan diriku. Kadang2 aku terfikir, mungkinkah aku hambaNYA yang sering leka dengan segala nikmat yang telah diberikan olehNYA kepadaku sehingga aku terleka,  terlena dengan keasyikan dunia yang fana yang nyata nikmatnya boleh lenyap dengan sekelip mata dengan kuasaNYA yg esa,, ALLAHURABBI,, 


ALLAH telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, kadang-kala DIA menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya dengan kesukaran. Seseorang yang tidak menilai setiap peristiwa dengan cahaya Al-Quran, gagal menanggapi hikmah di sebalik kejadian aakan cepat kecewa dan lemah pengharapan. Walau bagaimanapun, ALLAH tetap mendedahkan rahsia paling penting di dalam Al-Quran, di mana hanya hamba yang beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu melihat. Rahsia yang dimaksudkan adalah seperti berikut:



“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Surah al-Insyirah: 5-6)

Seperti mana yang ALLAH telah jelaskan pada ayat-ayat tersebut, walau apapun kesukaran yang dihadapi atau bagaimana ia diatasi, ALLAH menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-hambaNYA yang beriman. Sesungguhnya, setiap hambaNYA akan dapat menyaksikan bahawa ALLAH sentiasa mengurniakan kemudahan pada kesulitan yang dialami selagi mana hambaNYA itu kekal sabar. Dalam firmanNYA yang lain, ALLAH memberikan khabar gembira berupa petunjuk dan rahmat buat para hamba yang sentiasa takut dan mengharap padaNYA.


“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” 
(Surah a-Talaq: 2-3)

ALLAH tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.




No comments:

Post a Comment