Tuesday, December 4, 2012

Young Muslim Leader of The Future


Alhamdulillah ku panjatkan syukur yg teramat sgt kepada Allah, family, kawan2 n mereka2 yg menyokong x kira secara langsung atau tidak ( cm ayat kt tb pulak,,hihihi).. Post kali ni berkisar tentang YMLF.. ya YMLF,,,1 program yg telah diasaskan oleh Naib Canselor USIM PROF. DATO' DR. MUHAMAD MUDA . Aku sendiri x sangka yg ak bleh dpt sampai ke tahap ini krn bgg ak,ramai lg student yg hebat dan memang ternyatalah saingan yg dapat begitu mencabar,,namun,,Alhamdulillah,Allah telah memakbulkan doaku selama ini dan sekarang ak termasuk dlm finalis YMLF,,SYUKRAN YA ALLAH ;(..



~bagaikan mimpi yg menjadi realiti~

Sebelum layak sehingga sampai ketahap ini,,kami perlu melalui proses saringan di Kem Bina Negara Maran Pahang,,pengalaman yg mmng x dpt dilupakan coz bnyak ilmu yg ak dpt sepanjang 5 hari kat sane,,kami di nilai dr pelbagai aspek, bermula dr pakaian,akhlak n etc,,ak hanya melakukan setakat yg ak mampu dan ak lakukan sehabis baik..meh nk share gmbar sepanjang kat sana,


~WE'RE FSU STUDENTS,,haha..nmpak x muka menahan kepanasan dek teriknya sang mentari
 ^_^~


~barang amanah kami,,last2 dibuang jugak telur2 tu~


~teman seperjuanganku ..NURSAIFA IZURA ZULPATA~


after closing ceremony ~


Saturday, December 1, 2012

Mood Yang Hilang Entah Ke Mana


Sejak dua menjak ni tetibe jd rajin la pulak nk mengupdate blog yg ntah berapa lame ak buat tp x dikemaskan. rasa cm malas,n kngkadang x tau la nak post ape. lately, akhir sem 3 ni baru la nk beralih arah kt blog,,(hihihi),rase nye myb sebab da nk final exam kott,,xtau nak wat ape,,(hahaha) patutnye nk final tu study, bkn x tau nak wat ape, cm xde arah tujuan pulak aku ni. walakin, la ba'sa,, i know what to do. untuk  menghilangkan kebosanan yang melanda di lubuk hati ku ini. try2 la mengupdate blog ni,

sebenarnya, aku dah tau da nape perasaan ak serba x kena je akhir2 ni,,hurmmm,, yeahh,,AKU RINDU KAT MAK,tu la jawapan paling tepat. da homesick sgt da anak mak ni,makan x lalu,mandi x basah (lau hujan mmg x basah la aku,,hehehe..macam kambing la pulak,,tp tu lah fakta tentang diri aku,,org nak ckap ape,,hah,,mereka punya suka,,yg penting,,hak mandi hak saya,,hihihi)..everyday tgk gmbar mak,msj,,lau tepon t berjurai pulak air mata ni,,tp x salah kan menangis untuk mak kita..org yg selama ini melahirkan kita,mendidik dan memberi penuh kasih sayang yg x ternilai pada diri kita,,yuhhuuu.. SAYANG EMAK.



sadisnye aku xde kt gmbar ni,,hehehe




Friday, November 30, 2012

syair yg x berapa nak jadi ^^

hari ni tetibe je dtg mood nak menulis puisi/syair dek mendengar puisi yg kak dibah buat,,hehehe..
memang rasa tercabar sangat la kan,last2 turun turun bawah masuk bilik and layan perasaan buat syair ni.. aftter a few minutes maka terhasillah syair yg x berapa nk syair ni,,more pada luahan hati,,,hihihi.
di hening pagi ini
hati ku tercari-cari
dan masih mencari
apa yg tersingkap di hati
dan mencari kekuatan dalam diri ini
untuk menempuh ujian yg kian mendatang saban hari..
 dalam sepi,
ku temui kekuatan yang selama ini dicari,
ya,,
kekuatan untuk sekeping hati,
yg perlu di isi dan dipenuhi 
demi melengkapkan diri ini sebagai seorang abdi.
 Ya allah,
Lalaikah aku dengan segala nikmatMu
Lalaikah aku dengan kemewahan duniawi yg telah kau berikan,
Betapa hinanya diri ini bila sentiasa melupakanmu,
Dan mengingatiMu bila diri ini dlm kesunyian, kesepian dan merasa susah dengan segala ujian yg telah kau berikan kepada diri ini.
 Ya rabbana,,
HambaMU yg kerdil ini  memohon rahmat dariMU agar diberi kekuatan menjalani kehidupan sebagai hambaMu ya Allah.
Bantulah hambamu ini agar sentiasa bersyukur dengan rahmatMu dan tidak leka dan lalai dengan nikmat dunia yg telah kau berikan kepada diri ini.
Amin ^_^




Thursday, May 3, 2012

(。 ◕‿◕。)MUSLIMAH SEJATI(。 ◕‿◕。)



Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.
Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempesona itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari mana kebaikan yang diberikannya, tetapi darikeikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat daribagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.

Berdasarkan ayat 31, surah An Nur, Abdulllah Ibnu Abbas dan lain-lainnya berpendapat, “seorang wanita islam hanya boleh menampakkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram.” (Dr. said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik.” (Qs. Al Ahzab : 32)

Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya berpakaian modis, tetapi dilihat darisejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang di tepi jalanan, tetapi dilihat dari kekhawatirannya dirinyalah yang mengundang orang akan tergoda.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa ridha dan kehambaan kepada Tuhannya, dan ia senantiasa bersyukur dengan segala kurniaanyang diberi.

Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

“apabila seorang perempuan shalat lima waktu, puasa dibulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendaki.” (HR. Al Bazzar)






Saturday, April 21, 2012

~ kaulah sahabat-sahabatku ~

~ nilai sebuah persahabatan ~



~ zaman sekolah kami ~

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal. LL
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
SAHABAT yg beriman ibarat mentari menyinar…
SAHABAT yg setia bagai pewangi mengharumkan…
SAHABAT sejati mnjd pendorong impian…
SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jln TUHAN…






hanya jarak yang memisahkan kita namun hati kita tetap bersama..