Saturday, December 14, 2013

I'm one of Syariah And Law Cluc Members

Alhamdulillah,, sedar x sedar da smpai penghujung sem 5 n bermakna tinggal lagi 2 sem je nak study kt USIM ni n lagi 1 sem siap sedia la untuk berpraktikal,, yahhuuuu,,, 
okey,, sepanjang sem 5 ni bnyak la perkara baru yang ak dapat antaranya,,,,, bertanding untuk Syariah Law Club (SLC).. Alhamdulillah diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab di peringkat fakulti,, jom #throwback gambar2 sepanjang election berlangsung. =)
hihi,, #selfie seketika

carta organisasi yg mmng tergesa2,,, disebabkan nk kena publish awal so ini je yg termampu,, hee

Add caption




M.T for SYARIAH AND LAW CLUB (SLC)


Potoshoot session

Calon2 yg bertanding


Again,, Photoshoot session

Tuesday, July 23, 2013

Ujian Yang Datang Menjadikan Diri Lebih Dewasa (Part 2)

Salam mahabbah buat semua. Ok hari ini saya akan menyambung rentetan dari post yg sudah. Ujian yg pertama semenjak menjadi student IPTA ni ialah masa first daftar kt usim ni saya da kena chicken-pox or demam campak. Allah dugaan sungguh masa tu. Bayangkanlah org lain syok2 nk daftar happy2 jumpa kawan2 saya ni terpaksa la menahan kesakitan n ketidak selesaan pada diri. Yalah benda tu kan mcm x selesa lau terlekat pada baju ke apa, lagi la masa tu mmng x kering lgm still basah, kalau boleh mmng nak duduk menghadap kipas 24 jam siang malam.

Tapi apakan daya, perjalanan mesti diteruskan demi menimba ilmu di bumi USIM yang berkat ini. So pagi2 nak dftar tu kena la amek gambar utk buat student matric card. Ya, dengan bekas2 yg ad ku gagahkan juga, x kisah la biar la ia menjadi kenangan pd diri ini,, (hee) .

-ada la sikit2 lg bekasnya tu,, hee-

Lama jugak parut2 tu nak hilang, mcm2 da letak kt muka ni dan Alhamdulillah dalam beberapa bulan hilang dah bekas2nya.Mak x bg guna produk2 yg ad kat pasaran tu, mak kata kulit muda elok lg jgn biasakan guna nnti rosak kulit. Sebagai anak yg taat dan menurut perintah, guna bedak sejuk yang mak da buatkan.Setiap malam duk tampal kat muka smpailah ke pagi dan hasilnya sangat2 memuaskan. Alhamdulillah.

Nak share la pulak moment2 masa sem 1 dengan kawan2 BLC 5 Fiqh Fatwa =)

-masa ni p ronda2 ICT,, x tau  jalan main redah saja-

-haha.. its funny, our video group assignment-








Ujian Yang Datang Menjadikan Diri Lebih Dewasa (Part 1)



Selamat berpuasa kepada semua, salam Ramadhan Al-Mubarak. Di bulan yg mulia ini sama-samalah kita memperbanyakkan amalan2 kita kepada Rabbul Izzati, sama2 kita upgrade pahala dan kita format semua dosa2 kita yang ada. Diharapkan dengan kehadiran bulan yang penuh rahmat dan berkat ini kita dapat menjadi hambanya yang bersyukur dengan setiap kurniaan yang di beri olehNYA. Aminn =)

Berbalik kepada topik di atas,Ujian Yang Datang Menjadikan Diri Lebih Dewasa.Tidak dapat dinafikan menjadi seorang pelajar bukanlah satu perkara yang mudah. Untuk menjadi seorang pelajar yg cemerlang dunia dan akhirat perlulah mempunyai sahsiah diri yang elok, bak kata orang2 "luar dalam kena sama2 baik" kesihatan perlu dijaga utk memastikan kestabilan diri dan minda agar dapat menjalani proses pembelajaran dengan sempurna dan lancar. 

Namun,tidak bagi diriku, coretan ini bukanlah satu keluhan terhadap ujian yang diberi tapi aku menganggap diriku sebagai "special case" sebab sepanjang 4 sem aku di USIM aku di uji dengan pelbagai perkara yang berkait dengan kesihatan diriku. Kadang2 aku terfikir, mungkinkah aku hambaNYA yang sering leka dengan segala nikmat yang telah diberikan olehNYA kepadaku sehingga aku terleka,  terlena dengan keasyikan dunia yang fana yang nyata nikmatnya boleh lenyap dengan sekelip mata dengan kuasaNYA yg esa,, ALLAHURABBI,, 


ALLAH telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, kadang-kala DIA menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya dengan kesukaran. Seseorang yang tidak menilai setiap peristiwa dengan cahaya Al-Quran, gagal menanggapi hikmah di sebalik kejadian aakan cepat kecewa dan lemah pengharapan. Walau bagaimanapun, ALLAH tetap mendedahkan rahsia paling penting di dalam Al-Quran, di mana hanya hamba yang beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu melihat. Rahsia yang dimaksudkan adalah seperti berikut:



“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Surah al-Insyirah: 5-6)

Seperti mana yang ALLAH telah jelaskan pada ayat-ayat tersebut, walau apapun kesukaran yang dihadapi atau bagaimana ia diatasi, ALLAH menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-hambaNYA yang beriman. Sesungguhnya, setiap hambaNYA akan dapat menyaksikan bahawa ALLAH sentiasa mengurniakan kemudahan pada kesulitan yang dialami selagi mana hambaNYA itu kekal sabar. Dalam firmanNYA yang lain, ALLAH memberikan khabar gembira berupa petunjuk dan rahmat buat para hamba yang sentiasa takut dan mengharap padaNYA.


“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” 
(Surah a-Talaq: 2-3)

ALLAH tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.




Tuesday, December 4, 2012

Young Muslim Leader of The Future


Alhamdulillah ku panjatkan syukur yg teramat sgt kepada Allah, family, kawan2 n mereka2 yg menyokong x kira secara langsung atau tidak ( cm ayat kt tb pulak,,hihihi).. Post kali ni berkisar tentang YMLF.. ya YMLF,,,1 program yg telah diasaskan oleh Naib Canselor USIM PROF. DATO' DR. MUHAMAD MUDA . Aku sendiri x sangka yg ak bleh dpt sampai ke tahap ini krn bgg ak,ramai lg student yg hebat dan memang ternyatalah saingan yg dapat begitu mencabar,,namun,,Alhamdulillah,Allah telah memakbulkan doaku selama ini dan sekarang ak termasuk dlm finalis YMLF,,SYUKRAN YA ALLAH ;(..



~bagaikan mimpi yg menjadi realiti~

Sebelum layak sehingga sampai ketahap ini,,kami perlu melalui proses saringan di Kem Bina Negara Maran Pahang,,pengalaman yg mmng x dpt dilupakan coz bnyak ilmu yg ak dpt sepanjang 5 hari kat sane,,kami di nilai dr pelbagai aspek, bermula dr pakaian,akhlak n etc,,ak hanya melakukan setakat yg ak mampu dan ak lakukan sehabis baik..meh nk share gmbar sepanjang kat sana,


~WE'RE FSU STUDENTS,,haha..nmpak x muka menahan kepanasan dek teriknya sang mentari
 ^_^~


~barang amanah kami,,last2 dibuang jugak telur2 tu~


~teman seperjuanganku ..NURSAIFA IZURA ZULPATA~


after closing ceremony ~


Saturday, December 1, 2012

Mood Yang Hilang Entah Ke Mana


Sejak dua menjak ni tetibe jd rajin la pulak nk mengupdate blog yg ntah berapa lame ak buat tp x dikemaskan. rasa cm malas,n kngkadang x tau la nak post ape. lately, akhir sem 3 ni baru la nk beralih arah kt blog,,(hihihi),rase nye myb sebab da nk final exam kott,,xtau nak wat ape,,(hahaha) patutnye nk final tu study, bkn x tau nak wat ape, cm xde arah tujuan pulak aku ni. walakin, la ba'sa,, i know what to do. untuk  menghilangkan kebosanan yang melanda di lubuk hati ku ini. try2 la mengupdate blog ni,

sebenarnya, aku dah tau da nape perasaan ak serba x kena je akhir2 ni,,hurmmm,, yeahh,,AKU RINDU KAT MAK,tu la jawapan paling tepat. da homesick sgt da anak mak ni,makan x lalu,mandi x basah (lau hujan mmg x basah la aku,,hehehe..macam kambing la pulak,,tp tu lah fakta tentang diri aku,,org nak ckap ape,,hah,,mereka punya suka,,yg penting,,hak mandi hak saya,,hihihi)..everyday tgk gmbar mak,msj,,lau tepon t berjurai pulak air mata ni,,tp x salah kan menangis untuk mak kita..org yg selama ini melahirkan kita,mendidik dan memberi penuh kasih sayang yg x ternilai pada diri kita,,yuhhuuu.. SAYANG EMAK.



sadisnye aku xde kt gmbar ni,,hehehe




Friday, November 30, 2012

syair yg x berapa nak jadi ^^

hari ni tetibe je dtg mood nak menulis puisi/syair dek mendengar puisi yg kak dibah buat,,hehehe..
memang rasa tercabar sangat la kan,last2 turun turun bawah masuk bilik and layan perasaan buat syair ni.. aftter a few minutes maka terhasillah syair yg x berapa nk syair ni,,more pada luahan hati,,,hihihi.
di hening pagi ini
hati ku tercari-cari
dan masih mencari
apa yg tersingkap di hati
dan mencari kekuatan dalam diri ini
untuk menempuh ujian yg kian mendatang saban hari..
 dalam sepi,
ku temui kekuatan yang selama ini dicari,
ya,,
kekuatan untuk sekeping hati,
yg perlu di isi dan dipenuhi 
demi melengkapkan diri ini sebagai seorang abdi.
 Ya allah,
Lalaikah aku dengan segala nikmatMu
Lalaikah aku dengan kemewahan duniawi yg telah kau berikan,
Betapa hinanya diri ini bila sentiasa melupakanmu,
Dan mengingatiMu bila diri ini dlm kesunyian, kesepian dan merasa susah dengan segala ujian yg telah kau berikan kepada diri ini.
 Ya rabbana,,
HambaMU yg kerdil ini  memohon rahmat dariMU agar diberi kekuatan menjalani kehidupan sebagai hambaMu ya Allah.
Bantulah hambamu ini agar sentiasa bersyukur dengan rahmatMu dan tidak leka dan lalai dengan nikmat dunia yg telah kau berikan kepada diri ini.
Amin ^_^




Thursday, May 3, 2012

(。 ◕‿◕。)MUSLIMAH SEJATI(。 ◕‿◕。)



Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.
Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempesona itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari mana kebaikan yang diberikannya, tetapi darikeikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat daribagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.

Berdasarkan ayat 31, surah An Nur, Abdulllah Ibnu Abbas dan lain-lainnya berpendapat, “seorang wanita islam hanya boleh menampakkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram.” (Dr. said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik.” (Qs. Al Ahzab : 32)

Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya berpakaian modis, tetapi dilihat darisejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang di tepi jalanan, tetapi dilihat dari kekhawatirannya dirinyalah yang mengundang orang akan tergoda.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa ridha dan kehambaan kepada Tuhannya, dan ia senantiasa bersyukur dengan segala kurniaanyang diberi.

Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

“apabila seorang perempuan shalat lima waktu, puasa dibulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendaki.” (HR. Al Bazzar)